Enjoy reading!

Artwork: Apa yang boleh dilakukan dengan REBEN?

Thursday, February 23, 2012
Idea, datangnya tiba-tiba. Tak tentu masa. Suka hati idea tu je dia nak muncul bila. hehe.. Kadang-kadang tengah makan pun idea boleh datang. Dah ready nak tidur pun idea boleh timbul. 

So, apa kaitan idea dengan semeter reben ye? Haha.. Ni nak cerita la ni, pasal idea yang datang tiba-tiba dan muncul tak terduga tu lah saya sibuk cari reben sebab dapat idea nak create something dengan menggunakan reben. Hiiii~ :)

Saya cuma beli semeter reben je. Haa.. Tak banyak mana pun semeter reben tu, tu tapi agak panjang jugak lah sebenarnya. Tak caya cuba ukur 1 meter tu panjangnya macam mana.. hehe

Okay, biasanya macam yang orang ramai tahu, reben ni biasanya di jadikan hiasan, contoh macam reben yang disusun atau dibentuk cantik-cantik sampai jadi kembang seakan bentuk bunga pastu di lekat atas kotak hadiah. Tak pun reben ni biasanya jumpa kat bunga telur yang dapat dari majlis kenduri kahwin tu.

Dan reben ni ada macam-macam saiz taw. Ada yang halus je sebab kelebarannya mungkin lebih kurang 1-2cm, dan kalau yang besar pula mungkin lebih kurang 5-7cm. Dan mungkin ada lagi lain-lain saiz reben yang ada sebab saya pun bukan tahu sangat pasal reben ni sebab saya bukan pakar bab reben ! hihi.. :p

Kat bawah ni gambar reben yang saya baru beli 2 minggu lepas. Sebenarnya nak warna selain merah (yela, nanti orang kata asyik warna merah je yang ada kat dia ni, warna lain dah pupus ke kat mata dia ni. haha.. !) tapi warna dan corak yang saya berkenan tu kena beli satu roll maka saya tak jadilah nak beli. Buat apa nak beli sampai satu roll kalau setakat nak guna sikit je. Membazir taw  beli banyak-banyak !



 Tadaaa ! Merah pekat kot warna reben ni. hahaha.. ! Fakta: Saya tak berapa berkenan dengan motif polkadot kat reben ni. Macam nampak pelik bertitik-titik putih tu. Tapi dah yang saya berkenan tadi tak dapat so dapat beli yang ni pun okay laaaah. :)

Okay, so sebenarnya saya beli reben sebab nak buat apa ye? Haa.. Sebenarnya, saya nak hasilkan dua benda daripada semeter reben tadi tu. Apa bendanya dua benda tu? Cuba tengok gambar kat bawah ni ye. :D



Tadaaaa~! Sebenarnya saya nak hasilkan TALI JAM dan GELANG (bangle) daripada reben tu. Ops! Maaf dengan workmanship yang kurang kemas pada jahitan benang kat tali jam tu. Patutnya pakai benang merah tapi tak ada benang merah so benang hitam pun tibai je lah.. haha.. Contrast betul warnanya, kan? Yang gelang tu saya buat daripada cantuman 4 gelang besi saya yang saya dah jarang pakai. Saya cantum gelang-gelang tu dengan hot glue gun then lilit sekelilingnya dengan reben kemas-kemas. Lastly, gamkan hujungnya dengan hot glue gun juga. Tunggu gam kering dalam 2-3 minit lepas tu dah siap! So dah boleh pakai lah gelang tu. :)
So, amacam? Okay tak idea saya ni? Haha.. Saya ni jenis kalau dapat idea, kalau boleh nak buat on the spot. Kalau tangguh-tangguh alamatnya, say goodbye je lah kat idea tu..

Mesti ada yang pelik kenapa lah saya susah-susah buat benda alah tali jam dengan gelang ni. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa saya tak beli jam baru je, tak pun beli je la gelang lawa-lawa yang berlambak ada jual kat kedai tu. Hehe.. Jawapannya ialah...bila saya buat sendiri semua tu, saya dapat KEPUASAN. Walau tak cantik mana pun barang yang saya buat tu, tapi saya rasa puas sebab dapat zahirkan idea saya tu.. Oh ya, lagi satu sebab mengapa saya buat gelang tu ialah sebab saiz tangan saya ni kecik je.. Selalu tak ada saiz yang sesuai dengan saya kalau nak beli gelang. Huhu.. Berkenan macam mana pun kalau pakai longgar sampai berpotensi nak melorot dari tangan pun tak ada faedahnya kan.

Saya ni bukan jenis yang kreatif gila, sebab kalau diikutkan design memang tak power mana pun, tu pasal lah tak further study dalam bidang art (contoh: Bach. of Applied Art and Design [AAD] KAED, IIUM) lepas habis asasi dulu. Setakat buat benda macam ni boleh lah, benda suka-suka yang bila-bila boleh buat ikut sendiri punya suka janji bahagia. (:

Eh, tu je kot nak taip. Ish, panjang jugak rupanya yang dah ditaip ni bila di skrol ke atas tadi.. Haha.. Dah rasa mengantuklah pulak. hee~ Okay, stop kat sini dulu ya. Till then. Assalamualaikum... :)
********

p/s: hari-hari saya pakai dua benda yang saya buat tu kat tangan, kat kiri satu dan kat kanan lagi satu. Tak kira baju warna apa sekalipun still pakai jugak. Sebab warna yang ada kat kedua tangan saya tu melambangkan warna yang saya suka. Nak jugak? Hehe.. Maybe saya boleh buat untuk kamu! ^_~

Thanks for reading ! Jangan lupa untuk senyum lepas baca entri ni. (:

0 org tinggalkan ayat manis-manis kat sini..: